Thursday, 31 January 2019

Denggi 'serang' Melaka

KES denggi di Melaka terus mencatatkan peningkatan sehingga 181.03 peratus atau 163 kes bagi tempoh bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu. Semua kes membabitkan di tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Bomba sukarela tawar khidmat percuma tangkap ular | Astro Awani

 TUMPAT: Pepatah “alah bisa tegal biasa” sesuai untuk menggambarkan seorang anggota bomba sukarela dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Baru yang berpengalaman menangkap dan mengendalikan ular berbisa.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Google Doodle raikan nasi lemak | Astro Awani

SIAPA sahaja rakyat Malaysia yang tidak gemarkan nasi lemak? Nasi lemak boleh dimakan dengan pelbagai lauk tetapi lebih sinonom dengan telur rebus, sambal, ikan bilis, kacang dan timun.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Inisiatif Kurang Impak, Rumah Masih Luar Kemampuan

KUALA LUMPUR – Inisiatif kerajaan untuk menangani masalah hartanah tidak terjual dan menggalakkan pemilikan rumah disambut baik dan disokong oleh banyak pihak, namun sesetengahnya berpendapat kebanyakan rumah masih kekal di luar kemampuan, menurut pemerhati pasaran.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Kahwin lewat cenderung diri jadi lebih cerewet - Pakar psikologi | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Mereka yang berkahwin lewat cenderung untuk menjadi lebih cerewet dan sukar bertoleransi dengan pasangan masing-masing. Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Firdaus Abdul Gani berkata, sikap sedemikian tercetus disebabkan mereka telah terbiasa hidup dengan cara serta kebiasaan untuk satu jangka masa yang lama .
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Istana Abdulaziz, lambang cinta Sultan Abdullah, Tunku Azizah | Astro Awani

KUANTAN: Selain kata-kata manis, pelbagai cara lain dilakukan seorang suami dalam menzahirkan perasaan cinta buat isteri dan sejarah menjadi bukti bagaimana cinta diterjemahkan dalam pembinaan monumen indah seperti Kellie's Castle di Perak dan Taj Mahal di India.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Arsenal, biru dan Lionel Richie | Astro Awani

PEKAN: Minat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam sukan bola sepak bukan rahsia dalam kalangan rakyat.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

PLUS tawar diskaun tol 10 peratus

PENGGUNA Kelas 1 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan menikmati diskaun tol 10 peratus Selasa ini sempena Tahun Baharu Cina.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Wednesday, 30 January 2019

Harga durian J-Queen cecah RM4,000, Musang King ada pesaing? | Astro Awani

DI Malaysia, harga durian paling mahal pernah dilaporkan adalah sekitar RM100 untuk durian Musang King.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Awas! Anda mungkin diperhati secara rahsia menerusi FaceTime | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Akses kamera anda tanpa mengangkat panggilan FaceTime? Itu pembongkaran terbaharu oleh syarikat gergasi Apple berhubung satu pepijat yang membenarkan pengguna mengakses kamera dan mikrofon penerima panggilan, tanpa individu itu mengangkat panggilan tersebut.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

7 produk kosmetik didapati mengandungi racun - KKM | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik setelah dikenal pasti mengandungi racun berjadual yang mampu memberikan kesan mudarat jika digunakan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Pahang esok cuti

KERAJAAN negeri mengumumkan esok cuti peristiwa sempena pemasyhuran Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Jangan sampai syirik - Mufti Kelantan

MUFTI Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan masyarakat negeri Kelantan supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seperti pokok boleh merembas air kerana dibimbangi boleh terjerumus kepada syirik.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Majlis Daerah Jempol diisytihar Majlis Perbandaran | Astro Awani

JEMPOL: Majlis Daerah Jempol (MDJL) malam ini (Selasa) diisytihar sebagai Majlis Perbandaran Jempol (MPJL). Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di sini, di hadapan kira-kira 3,000 warga Jempol.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tuesday, 29 January 2019

Seramai 1,300 Murid Cicir Persekolahan Di Johor

SERAMAI 1,300 murid di Johor dikesan tidak menyambung sesi persekolahan mereka sejak 1 Jan lepas, menurut Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Dana Rumah Mampu Milik BNM untuk golongan pendapatan rendah | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (BNM) disasarkan memberi peluang lebih luas kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

314 premis diberi notis keselamatan [METROTV]

SEBANYAK 314 premis dan bangunan di Negeri Sembilan diberi notis arahan bagi menjalankan penyelenggaraan berkaitan aspek keselamatan kerana terdedah kepada risiko kebakaran, tahun lalu.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sokong kempen 'Say No 2 Zina'

PERTUBUHAN Kebajikan Darul Wardah Selangor (DARWA) menyambut baik pelaksanaan Kempen ‘Say No 2 Zina’ yang dilancarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) baru-baru ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Mesej WhatsApp yang dibuang boleh muncul semula | Astro Awani

Kuala Lumpur: Ramai yang menggunakan ciri ‘Delete message’ di WhatsApp setelah silap menghantar mesej, lazimnya kerana typo ataupun kadang-kadang terhantar ke orang lain!
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tengku Hassanal dimasyhur Tengku Mahkota, Pemangku Raja Pahang | Astro Awani

PEKAN: Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang. Istiadat pelantikan dan pemasyhuran itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini di hadapan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang yang baru dimasyhurkan, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Industri inap desa catat pendapatan RM30 juta setahun | Astro Awani

TEMERLOH: Industri inap desa negara mencatatkan pendapatan mencecah RM30 juta setahun melibatkan lebih 4,000 pengusaha luar bandar, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi. Beliau berkata program inap desa yang dimulakan pada 3 Disember 1995 kini mempunyai 208 kluster atau bersamaan 5,620 jumlah bilik.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Monday, 28 January 2019

PROTEGE buka peluang keusahawanan kepada golongan belia | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) memperkenalkan lapan elemen atau silibus dalam usaha mengalakkan graduan menceburi bidang keusahawanan selain peluang pekerjaan dan latihan kemahiran.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Meriam, mortar berusia lebih 200 tahun ditemukan di Kota Cornwallis | Astro Awani

GEORGE TOWN: Selaras meriam dan selaras mortar ditemukan semasa kerja-kerja ekskavasi dijalankan pada struktur pertahanan luar dan terusan yang mengelilingi Kota Cornwallis, di sini bakal melengkapkan data sejarah awal mengenai kota lama itu.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

SSeMP harumkan nama Malaysia

SEKOLAH Seni Malaysia Perak (SSeMP) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila mendapat pingat emas menerusi persembahan teater ‘Mek Mulung’ dan ‘Jikey’ pada China Youth Spring Festival Gala Night & Global Youth Talent 2019 di Beijing, malam kelmarin.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Meriam, mortar 200 tahun ditemui

SELARAS meriam dan mortar ditemukan semasa kerja-kerja ekskavasi dijalankan pada struktur pertahanan luar dan terusan yang mengelilingi Kota Cornwallis, di Georgetown bakal melengkapkan data sejarah awal mengenai kota lama itu.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sunday, 27 January 2019

16 Kawasan ‘Panas’ Sering Terlibat Kemalangan

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengenalpasti 16 kawasan ‘panas’ di seluruh negeri ini yang sering mengakibatkan berlakunya kemalangan terutama ketika musim perayaan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Saturday, 26 January 2019

Mark Zuckerberg rancang gabung sistem mesej Facebook, Instagram, WhatsApp | Astro Awani

KETUA Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan sedang merancang untuk mengintegrasikan perkhidmatan pesanan atau messaging media sosialnya meliputi WhatsApp, Instagram dan Facebook Messenger.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Friday, 25 January 2019

Wabak rabies kini tahap II

WABAK rabies atau anjing gila kini diisytiharkan bencana tahap II selepas wabak itu berlaku melebihi dari satu daerah di Sarawak. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat ketika Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Bapa semalam.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

LIMA 19 terima sambutan luar biasa

PAMERAN Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 19) di Pulau Langkawi dari 26 hingga 30 Mac ini menerima sambutan luar biasa berikutan tempahan ruang pameran menjangkau 104 peratus.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Harga RON95 dan RON97 kekal, diesel naik 1 sen | Astro Awani

Harga runcit petrol RON95 and RON97 masing-masing kekal pada RM1.98 dan RM2.28 seliter untuk tempoh 26 Januari hingga 1 Februari 2019.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Lebih 84,000 bakal disenarai hitam JPJ | Astro Awani

IPOH: Lebih 84,000 pesalah trafik berdepan risiko disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana gagal melunaskan bayaran kompaun kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Thursday, 24 January 2019

Sultan Abdullah bijak santuni rakyat | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Lasak, adil dan berjiwa rakyat menggambarkan keperibadian Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Cara mudah menang hadiah lumayan

Kuala Lumpur: Kemeriahan menyambut Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi pasti lebih bermakna apabila menang hadiah lumayan barang kemas bernilai RM5,888.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Penyakit Jantung Pembunuh Utama Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat Malaysia bagi tempoh 13 tahun iaitu dari 2005 hingga 2017, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye. Boon Chye berkata, penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi, obesiti, pemakanan dan gaya hidup tidak sihat menyumbang kepada peningkatan penyakit jantung.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Yang di-Pertuan Agong ke-16 diumum petang ini

LAPAN Raja-Raja Melayu berangkat pulang meninggalkan Istana Negara selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 untuk tempoh lima tahun.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Wednesday, 23 January 2019

15 belon udara panas di Pulau Pinang

LIMA belas 15 belon udara panas akan menyertai Fiesta Belon Udara Panas Pulau Pinang di Padang Polo, Georgetown, pada 9 dan 10 Februari depan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Kaji semula penghadang laluan atas Jambatan Pulau Pinang

KERAJAAN Pulau Pinang akan mengemukakan surat bertulis kepada pengendali Jambatan Pulau Pinang, PLUS (M) Berhad berhubung cadangan mengkaji penghadang laluan di jambatan berkenaan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

WhatsApp alami gangguan sementara | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Sehari selepas pihak Facebook mengumumkan untuk menyekat sebaran mesej menerusi butang forward, aplikasi permesejan paling popular di dunia, WhatsApp mengalami gangguan!
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tuesday, 22 January 2019

Jangan tinggal al-Quran, sunnah - Syeikh Kurayyim Rajih

ULAMA Syria, Syeikh Kurayyim Rajih memuji umat Islam Malaysia yang amat mementingkan al-Quran, hadis dan sunnah Rasulullah (SAW) sedangkan banyak kalangan negara Arab mengenepikannya.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Kecoh, ular masuk pejabat!

SUASANA tenang di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Melaka Tengah, Ayer Keroh, Melaka, bertukar gamat apabila didatangi ‘tetamu tidak diundang’, hari ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

PLUS cadang pasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang | Astro Awani

SEREMBAN: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bercadang memasang kamera had laju di Jambatan Pulau Pinang selain menambah kamera itu di kesemua lebuh raya kendaliannya.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tayar kiri SUV putih terbenam dalam pasir

“SELAIN bantuan alat pengesan, saya juga menggunakan gerak hati ketika menyelam bagi mencari kenderaan itu,” kata penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Duyong, Laskar Kanan Mohd Farid Nordin.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Gadis Kerbau Pink tidak rela berpisah dengan Awang | Astro Awani

KUALA NERUS: Bagi Nadia, berada di samping Awang memberikannya satu ketenangan dan kegembiraan yang cukup luar biasa. Keakraban gadis berusia 17 tahun yang memakai nama penuh Nadia Khairun Nisa Yusof ini, dengan Awang, tidak ubah seperti kata pepatah 'bagai isi dengan kuku'.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

[UPDATE] Perkhidmatan ATM BSN kembali beroperasi

PELANGGAN Bank Simpanan Nasional (BSN) kini boleh kembali menjalankan transaksi perbankan di semua mesin juruwang automatik (ATM) BSN. BSN dalam kenyataan hari ini berkata, untuk kemudahan pelanggan, perkhidmatan perbankan ATM bank itu dilanjutkan sehingga 2 pagi esok (22 Jan) dan beroperasi seperti biasa bermula 7 pagi.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sunday, 20 January 2019

Waspada cinta 'plastik' abang Pakistan

WARGA asing terutama Pakistan sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan yang jauh lebih berusia, semata-mata mahu tinggal di sini dan membuka perniagaan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Saturday, 19 January 2019

Harimau kena langgar di Umbai? | Astro Awani

MELAKA: Kejadian seekor harimau mati dilanggar kenderaan yang didakwa berlaku di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah - Jasin (AMJ) berhampiran Umbai sebenarnya palsu.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Kumpulan Shiro muncul juara MLM 2018 | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kumpulan Shiro membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 selepas dinobat juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2018).
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Satu lagi kes kematian Rabies dicatatkan di Sarawak | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas berusia 80 tahun dari Kampung Sungai Du'uh, Serian disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Rabies atau Anjing Gila. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa meninggal dunia pada pukul 9.35 pagi Jumaat di Hospital Umum Sarawak.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Friday, 18 January 2019

RON95 dan RON97 naik 6 sen | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 naik 6 sen kepada RM1.98 seliter bagi tempoh seminggu berkuatkuasa 12 malam Jumaat.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Banjir di Kota Tinggi

BEBERAPA kawasan di kawasan berisiko banjir di Kota Tinggi mula dinaiki air susulan hujan lebat sejak 7 petang semalam sehingga awal pagi ini. Bagaimanapun, sehingga jam 10 pagi ini tiada mangsa yang dipindahkan, selain hujan masih berterusan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Wartawan Saodah Ismail bukukan kisah Allahyarham Sudirman | Astro Awani

PADA 22 Februari akan datang, genap 27 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang pernah ditabalkan sebagai Penghibur Nombor Satu Asia.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Wednesday, 16 January 2019

Safiey kongsi wajah lelakinya 10 tahun lalu | Astro Awani

TANPA sebarang rasa malu atau kekok, usahawan kosmetik kontroversi Safiey Illias secara terbuka berkongsi gambar dirinya 10 tahun lalu pada 2009 dengan wajah terkininya.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Home schooling 101: Apa dan bagaimana? | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pendidikan di rumah atau lebih dikenali sebagai home schooling kini menjadi antara salah satu pilihan ibu bapa untuk pendidikan anak-anak.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tuesday, 15 January 2019

Mukim Taiping, Bukit Gantang diwarta kawasan jangkitan rabies | Astro Awani

IPOH: Mukim Taiping dan Bukit Gantang di daerah Larut Matang dan Selama diwartakan sebagai kawasan jangkitan anjing gila atau rabies, berkuatkuasa Isnin.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Monday, 14 January 2019

Restoran mamak gagal pamer logo halal

SEBUAH restoran mamak terkenal di Kuala Terengganu bakal berhadapan hukuman denda tidak melebihi RM5 juta jika sabit kesalahan berikutan premis perniagaan itu gagal mempamerkan tanda logo halal sah.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Wabak chikungunya landa Hatyai, Perlis berjaga-jaga

RAKYAT negara ini, khususnya di Perlis, dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti pelancongan ke Thailand, khususnya Hatyai, berikutan penularan wabak chikungunya di wilayah itu, baru-baru ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

'Putih mata' pelaburan kelulut lebur

BEBERAPA individu di Selangor ‘berputih mata’ selepas kerugian puluhan ribu ringgit ekoran tertipu dengan pelaburan projek madu kelulut lebih setahun lalu. Projek madu kelulut itu dikatakan dijalankan di Segamat, Johor.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tak perlu malu! Ujian kanser serviks lebih mudah dengan inovasi ROSE | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ujian kanser serviks kini lebih mudah dan selesa menerusi inovasi terbaharu iaitu Program Hentikan Halangan Untuk Melakukan Skrin Serviks (Removing Obstacles to Cervical Screening - ROSE).
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sunday, 13 January 2019

Kutu babi boleh membawa maut? | Astro Awani

MASIH ingatkah anda pada kisah seekor ular sawa yang dikerumuni ratusan kutu babi sehingga memerlukan ia menjalani rawatan selepas diselamatkan?
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Selepas tular, Muhammad Syukur si Budak Koboi terima anugerah murid unggul | Astro Awani

KUALA TERENGGANU: Selepas menjadi popular apabila gambarnya bersama sekumpulan kerbau menjadi tular di media sosial, adik Muhammad Syukur Khamis, 14, hari ini menerima Anugerah Pencapaian Murid Unggul Daerah Kuala Terengganu di sini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

B40 Boleh Bayar Yuran MRSM Secara Ansuran Atau Tangguh

SHAH ALAM – Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), dari kalangan keluarga golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang tidak berkemampuan dibolehkan untuk membuat pembayaran pendaftaran kemasukan, secara ansuran atau membuat penangguhan bayaran.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Mengenali kerangka minda | Astro Awani

KESEMPURNAAN ciptaan Tuhan yang dinamakan manusia ini terletak kepada keupayaan akal fikirannya. Sekalipun tubuh badannya kecil dan kudrat fizikalnya terbatas jika dibandingkan dengan setengah makhluk haiwan lain yang jauh lebih besar dan kuat, manusia menguasai persekitarannya melalui kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Kepada majikan, ini tiga cara atasi perubahan teknologi dalam sektor pekerjaan | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Revolusi dalam sektor pekerjaan untuk tempoh dua dekad akan datang sesuatu yang tidak dapat dielakkan seiring perubahan teknologi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Upwork, platform pekerjaan secara bebas, Stephane Kasriel, meskipun dunia kini menyaksikan sektor pekerjaan dipenuhi penggunaan robot, namun peluang pekerjaan untuk manusia masih terus luas.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Larangan merokok perlu diperluas di pejabat, tempat kerja | Astro Awani

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan diminta mempertimbangkan agar pelaksanaan larangan merokok diperluaskan di pejabat dan kawasan tertutup di tempat kerja khususnya tandas. Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata perkara ini bagaimanapun perlu dibincang secara teliti antara pihak kementerian dan majikan sebelum dilaksanakan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

JDT lancar jersi baharu musim 2019 | Astro Awani

KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melancarkan jersi baharu bagi musim 2019 di Dataran Bandaraya, di sini, Sabtu malam. Jersi baharu musim ini didatangkan dengan dua rekaan khas daripada ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat iaitu merah biru bagi tuan rumah dan jersi perlawanan di tempat lawan berwarna ungu.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Saturday, 12 January 2019

Tujuh UTC beroperasi hingga 10 malam mulai 22 Jan | Astro Awani

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan akan melaksanakan waktu operasi baharu Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 22 Jan ini sebagai langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tengku Abdullah dimasyhur sebagai Sultan Pahang keenam | Astro Awani

KUANTAN: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhur sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantikan ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang kini gering.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Kerancuan penggunaan bahasa di radio | Astro Awani

KERANCUAN atau campur aduk penggunaan bahasa kebangsaan oleh penyampai radio tempatan sangat membimbangkan. Komunikasi dan interaksi penyampai radio tidak mencapai satu standard bahasa sebagai seseorang yang profesional dalam mengemudikan slot di radio, terutamanya di stesen radio saluran berbahasa Melayu.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Gangguan bekalan air di ibu negara esok | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 kawasan di ibu negara dan kawasan sekitar akan mengalami gangguan bekalan air yang dijangka berlaku bermula 9 malam esok hingga 11 malam Ahad.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Thursday, 10 January 2019

Pengamal Media Cemas Belon Udara Panas Tersasar

NIBONG TEBAL – Tersasar mendarat di kawasan semak setelah ditiup angin dan berakhir di atas jalan raya adalah antara detik cemas dilalui tujuh pengamal media yang menaiki sebuah belon udara panas di sini hari ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Untung jugak berniaga roti canai

BIARPUN tidak berpelajaran tinggi, seorang pemuda di Kampung Belukar Jambu, Kuala Terengganu membuktikan hal itu tidak menghalangnya untuk berjaya dalam perniagaan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Wednesday, 9 January 2019

Hadiah DBKL untuk golongan bujang B40, sewa bilik serendah RM100 sebulan | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim 'micro-housing' mulai tahun ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tak adil salahkan tayar celup semata-mata - TRMAM

PERSATUAN Pengeluar Tayar Celup Malaysia (TRMAM) menegaskan kemalangan jalan raya berlaku di negara ini disebabkan beberapa faktor dan tidak adil jika dikatakan tayar celup punca berlakunya kecelakaan itu.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Nikmati internet 50Mbps untuk RM99 sebulan menerusi Astro Broadband Bundle | Astro Awani

BERSEMPENA majlis pelancaran Projek rintis bagi Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) di Jasin pada Selasa, Astro menawarkan perkhidmatan internet bersama-sama pakej kandungan daripada Astro pada harga sangat menarik menerusi Astro Broadband Bundle.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tuesday, 8 January 2019

Legend never die - kini tiada lagi pokok Lagenda Budak Setan | Astro Awani

SERDANG: IKON kebanggaan warga Universiti Putra Malaysia (UPM) akhirnya tumbang menyembah bumi. Pokok berusia puluhan tahun itu, yang sekian lama menjadi simbol ikonik bagi warga UPM, kini tiada lagi.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Monday, 7 January 2019

Ikut tradisi kini giliran Pahang

MENGIKUT tradisi giliran, jawatan Yang di-Pertuan Agong selepas Kelantan adalah Pahang diikuti Johor dan Perak, namun keputusan pemilihannya akan dibuat oleh Majlis Raja-Raja.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Bertenang, saya tak bela buaya tulah... - Azy Nadia | Astro Awani

GARA-gara memuat naik video dan gambar bersama seekor buaya, seorang gadis terpaksa berdepan kecaman pengguna media sosial. Pengguna Facebook dengan nama Azy Nadia ini pada mulanya memuat naik beberapa buah video dan gambar bersama buaya yang sederhana besar itu ke akaunnya pada 1 Januari lalu.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Pemegang PhD Harvard, ini biodata Sultan Nazrin | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diputerakan pada 27 November 1956.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

YDP Agong ke-16 dipilih pada 24 Januari | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong XVI (ke-16) bakal dipilih pada 24 Januari ini menerusi Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Saya dapat rasa baginda tak lama di Istana Negara...

SULTAN Muhammad V seorang pemimpin berjiwa rakyat dan tidak suka dilayan seperti ‘orang penting’ dengan dikelilingi pengawal peribadi setiap masa.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tiga sebab mengapa seseorang Raja tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong | Astro Awani

MAJLIS Raja-Raja perlu memilih seorang daripada sembilan kalangan Raja-Raja untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi mengantikan kekosongan yang ditinggalkan Sultan Muhammad V.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Alasan tipikal anda perlu diperhatikan dari bakal pelanggan anda | Astro Awani

BANYAK usahawan yang berjaya memulakan karier perniagaan mereka dengan secara offline seperti di jalanan atau pun secara dalam talian. Walaupun sudah bertahun pengalaman dan pendedahan kepada teknik pemasaran yang lebih canggih dan rumit telah pastinya mengubah banyak perkara, tetapi ada satu aspek yang tidak berbeza sama sekali di antara menjual sebungkus air tebu ataupun menjalankan aktiviti pemasaran secara online.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sultan Nazrin pangku jawatan YDP Agong | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung hari ini memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sunday, 6 January 2019

FIFA 19: Luqman jadi pemain Malaysia pertama ke Kejohanan FUT | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pemain kompetitif e-sukan FIFA 19 daripada pasukan Gamesbond, Muhammad Luqman Haziq Hajiman, 22, sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang layak ke Piala Kejohanan FIFA Ultimate Team (FUT).
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sila duduk, jangan lari kenangan rakyat dengan Sultan Muhammad | Astro Awani

PELETAKAN jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 mengejutkan rakyat Malaysia. Dalam pada ramai yang tertanya-tanya sebab baginda mengambil keputusan itu, laman sosial juga dipenuhi dengan status bernada sedih.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Rumah Selangorku jadi hostel warga asing [METROTV]

PENDUDUK Pangsapuri Azaria di Klang bimbang apabila beberapa unit rumah Selangorku itu disewakan kepada orang lain termasuk warga asing. Difahamkan sebanyak 10 daripada 240 unit pangsapuri di situ sudah disewakan dan ada di antaranya dijadikan hostel pekerja asing yang bekerja di kilang berdekatan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sultan Muhammad V letak jawatan | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Sultan Muhammad V telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Januari 2019, kata Istana Negara. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz, baginda telah memaklumkan peletakan jawatan tersebut secara rasmi kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Kolam Puteri Saadong semakin dilupakan

TIDAK seindah namanya Tanah Serendah Sekebun Bunga, ternyata lokasi tinggalan sejarah Kelantan iaitu kolam Puteri Saadong di Kampung Serendah Sekebun Bunga di Pangkal Kalong, Ketereh di Kota Bharu kini semakin dilupakan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Glamer anok Mat Dan lening

BARU saja diwujudkan petang semalam, akaun Instagram (IG) anak kepada Muhammad Kareef Daniel Abdullah, 29, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan sudah diikuti 11,000 pengikut.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

10 sebab KPM mansuh Peperiksaaan Tahap Satu

BERI fokus kepada kepelbagaian potensi pelajar adalah antara 10 sebab mengapa Kementerian Pendidikan mengambil langkah memansuhkan Peperiksaan Tahap Satu dan digantikan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif bermula tahun ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Saturday, 5 January 2019

Lantikan Presiden baharu UIAM masih jadi tanda tanya | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Spekulasi pelantikan bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Datuk Dr Mohd Daud Bakar sebagai presiden baharu universiti berkenaan bagi menggantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, masih menjadi tanda tanya.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Pasport hilang? Denda hingga RM1,200 untuk ganti baharu | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa Rabu lalu, individu yang kehilangan pasport akan dikenakan denda RM300 hingga RM1,200 bagi menggantikan dokumen perjalanan tersebut.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Ini 10 Pemain Tumpuan Liga Malaysia 2019 | Astro Awani

LIGA MALAYSIA akan bermula tidak lama lagi dan semua pasukan sedang sibuk melakukan persediaan bagi memperkuatkan skuad masing-masing.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Pabuk sudah pergi

JABATAN Meteorologi Malaysia menamatkan amaran ribut tropika Pabuk hari ini selepas kedudukan ribut tropika itu dilihat semakin menjauhi perairan Malaysia dan tidak lagi memberi ancaman kepada negara.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Liga Fantasi: Tiada pencabar buat Soljabiru | Astro Awani

KELAB penyokong Chelsea, Soljabiru mengekalkan pendahuluan di liga bola sepak fantasi, Liga Bual Bola Awani dengan mengumpul 3,677 mata menerusi tiga wakil mereka, The Blues Blasters, Halifax Town dan Blues FC.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Pengecualian Duti Setem Berdasarkan Bajet 2019 Ringankan Beban Pembeli Rumah Pertama

“Manakala, duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi rumah berharga antara RM300,001 dan RM1 juta yang dibeli daripada mana-mana pemaju perumahan adalah dikecualikan, bagi perjanjian jual beli yang diselesaikan mulai 1 Jan, 2019 sehingga 30 Jun, 2019,”
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Ini kejayaan besar yang membanggakan! - Tun Mahathir ucap tahniah kepada Ridzuan Puzi | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi susulan kejayaan mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Ribut Pabuk menghala ke Laut Andaman - KP METMalaysia | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ribut Tropika Pabuk kini berada di kedudukan 8.6 darjah utara, 98.9 darjah timur dan dijangka bergerak 15 kilometer sejam ke arah barat laut menuju Laut Andaman.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Umat Islam harus hormat fatwa pengharaman rokok | Astro Awani

UMAT ISLAM dalam negara kita perlu menghormati fatwa yang telah dikeluarkan lebih 20 tahun yang lalu berkaitan dengan pengharaman untuk menghisap rokok. Ini adalah kerana keputusan fatwa yang telah dibuat berdasarkan prinsip–prinsip yang telah ditetapkan dalam agama Islam sendiri berkaitan dengan isu kepentingan untuk menjaga kesihatan, peringatan untuk tidak membazir wang, serta amaran untuk tidak menjebakkan diri ke dalam sebarang perkara yang bukan sahaja boleh memudaratkan diri sendiri malah kepada diri orang lain.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tip elak berat badan plus-plus ketika musim perayaan - Pesanan ratu MMA | Astro Awani

MUSIM cuti sekolah baharu sahaja berakhir. Bagi anda yang bercuti dan juga yang telah menyambut Deepavali dan Krismas, tentu anda menghabiskan banyak masa menikmati pelbagai jenis biskut dan makanan-makanan yang lazat serta minuman bergula -- maklumlah, musim perayaan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Keluarga di Bandar Tasik Puteri cemas, barang lesap selepas terkena pukau tahi | Astro Awani

RAWANG: Dipercayai akibat teknik pukau. Sebuah keluarga di taman perumahan Bandar Tasik Puteri Rawang, kerugian ribuan ringgit selepas kediaman mereka dipecah masuk pada awal pagi Jumaat.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Friday, 4 January 2019

Nilai kekeluargaan 2018 | Astro Awani

Di hujung tahun semasa cuti sekolah ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis pertunangan, perkahwinan dan cukur rambut dan aqiqah. Ramai juga yang mengambil kesempatan mengadakan hari keluarga atau bercuti bersama keluarga.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Rosyam Nor buat sidang media esok, jelas isu pasar raya | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pelakon Datuk Rosyam Nor akan mengadakan sidang media esok bagi menjelaskan isu berhubung pasar raya ST Rosyam Mart.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Aktiviti lawatan pulau dibatalkan esok

SEMUA aktiviti lawatan pulau (island hoping) ke Tasik Dayang Bunting, Langkawi, esok dibatalkan ekoran amaran angin kuat susulan kesan ribut tropika Pabuk dari Laut China Selatan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Fenomena Upin & Ipin bakal berulang lagi | Astro Awani

FENOMENA animasi Upin & Ipin di Indonesia sejak beberapa tahun lalu membuktikan Malaysia tidak pernah ketandusan orang-orang bijaksana yang menjadikan seni sebagai bahan komoditi untuk pasaran dunia.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Thursday, 3 January 2019

Kerajaan pertimbang bina tempat khas buat perokok - Dr Dzulkefly | Astro Awani

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan menyediakan tempat khas buat perokok seperti mana yang dilakukan di negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

'Dengar bunyi je dah tau rosak apa...' [METROTV]

BUKAN kemewahan diminta, sebaliknya hanya keperluan wajib termasuk cukup makan dan pakai bagi menjalani kehidupan sebagaimana insan normal lain. Itu antara luahan dan isi hati orang kurang upaya (OKU) yang cacat penglihatan sejak dilahirkan, Azhar Ibrahim, 36, yang mampu menampung perbelanjaan diri sendiri dan keluarga dengan membuka bengkel membaiki motosikal di bawah rumah keluarganya di Kampung Batu Enam, Tanjung Tualang, Batu Gajah.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Jangan jadikan pantai sebagai pesta ombak besar, angin kencang | Astro Awani

KUALA NERUS: Jangan jadikan kawasan pantai sebagai tapak pesta untuk melihat ombak besar dan angin kencang yang melanda negeri Terengganu ketika ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

[PERSPEKTIF] Jangan beri bantuan zakat kepada golongan perokok | Astro Awani

SEBARANG pemberian bantuan zakat terhadap pihak yang layak menerimanya tidak harus meliputi golongan perokok kerana dibimbangi pemberian zakat terhadap golongan perokok ini akan membawa isyarat yang salah terhadap golongan perokok ini untuk terus membazir wang dengan membeli rokok.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tidak benar asteroid bakal hentam bumi pada 1 Februari - ANGKASA | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Asteroid bakal menghentam Bumi pada 1 Februari 2019? Tidak benar! Demikian tegas Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dalam satu kenyataan hari ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Murah rezeki di laut dalam

DALAM kalangan rakan dan saudara rapat, dia dikagumi berikutan kemahiran menjinakkan pelbagai jenis ikan eksotik laut dalam dengan mudah. Mohd Khairi Ahmad, 34, dari Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu amat mahir menggunakan teknik jigging ketika memancing di laut dalam.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Wednesday, 2 January 2019

Jangan dekati pantai untuk tempoh 48 jam | Astro Awani

PENGKALAN CHEPA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memberi amaran dan peringatan supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti di tepi pantai dalam tempoh 48 jam bermula petang Rabu.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

3 tips berhenti rokok buat orang muda | Astro Awani

LARANGAN merokok di premis makanan sudahpun berkuat kuasa semalam dan mungkin sudah tiba masa juga untuk anda berhenti merokok. Bagaimanapun, berhenti merokok bukannya mudah namun masih ada harapan buat orang muda yang baru bermula hanya kerana tekanan rakan sebaya di sekolah, kolej atau universiti.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Asteroid gergasi bakal memasuki atmosfera bumi? | Astro Awani

PENTADBIRAN Aeronautik dan Angkasa Amerika Syarikat (NASA) sebelum ini mengumumkan bahawa asteroid gergasi yang dinamakan 2002 NT7 dikatakan bakal memasuki atmosfera bumi.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Kapal angkasa NASA tiba di objek paling jauh pernah diterokai | Astro Awani

KETIKA penduduk bumi meraikan ketibaan tahun baharu 2019, kapal angkasa NASA, New Horizon berjaya menghantar isyarat pertama ke bumi selepas berjaya sampai ke satu batu angkasa berais di hujung sistem solar. Batu angkasa berais dinamakan Ultima Thule itu, kelihatan seakan kacang, terletak di tengah-tengah Kuiper Belt di sekeliling orbit planet Neptun.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

[PERSPEKTIF] Sudah kenal pasti apa yang nak diubah dalam tahun 2019? | Astro Awani

SUDAH menjadi satu amalan kebanyakan perniagaan, kitaran perancangan perniagaan disusun menurut tahun kalendar. Pada awal tahun baru ditetapkan apa yang mahu dicapai bagi menjadikan perniagaan lebih cemerlang dari tahun yang sebelumnya.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Netizen setuju dobi, hotel kawasan dilarang merokok

KIRA-KIRA 80 peratus daripada lebih 25,000 netizen bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan yang mahu memperluaskan pewartaan kawasan larangan merokok membabitkan premis dobi layan diri dan hotel dalam tempoh terdekat.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

[PERSPEKTIF] First Baby dalam industri rel di Malaysia | Astro Awani

BATU PAHAT: Berdasarkan perkiraan PEMANDU, dianggarkan seramai 48,700 tenaga kerja di dalam industri rel di Malaysia diperlukan pada tahun 2020 dan angka itu meningkat kepada 77,800 menjelang tahun 2026.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Perokok guna pita ukur bagi mengukur jarak 3 meter dari kedai makan | Astro Awani

ADEGAN perokok menggunakan pita ukur bagi mengukur jarak kedai makan dengan kawasan yang dibolehkan merokok, menarik perhatian netizen yang menggambarkan tindakan itu sebagai mencuit hati.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Amaran angin kencang, laut bergelora di Kelantan, Terengganu, Pahang sehingga Sabtu | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60km sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Ridzuan bakal diangkat sebagai atlet para terbaik Asia | Astro Awani

JAGUH olahraga para negara, Mohamad Ridzuan Puzi, bakal melakar sejarah apabila akan dinobatkan sebagai atlet lelaki para terbaik Asia 2018 dalam majlis Malam Anugerah Jawatankuasa Paralimpik Asia yang akan berlangsung di Dubai, 5 Februari depan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

'Banyak papan amaran pun tak guna...'

“DALAM edah musim tengkujuh ini, saya minta pengunjung seboleh-bolehnya jauhi pantai. Bukan kita nak halang, cuma kita tak mahu berlaku lagi kejadian lemas,” kata Ramli Tahir, 62, penduduk Kampung Sura Hujung, Dungun.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tuesday, 1 January 2019

Kolam hotel untuk kegunaan pelajar sekolah: KPM perlu sediakan jurulatih renang | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu sediakan jurulatih renang bagi menyenangkan industri hotel untuk membenarkan pelajar sekolah belajar berenang menggunakan fasiliti mereka.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tak berbaloi didenda kerana perokok

“AMAT tak berbaloi jika peniaga kedai makanan dikenakan denda sehingga RM5,000 hanya disebabkan pelanggan menghisap rokok,” kata peniaga yang dikenali sebagai Dan, 35.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Tak perlu luaskan kawasan larangan merokok

TIADA keperluan Kementerian Kesihatan memperluaskan pewartaan kawasan larangan merokok sehingga membabitkan premis kedai dobi dan hotel.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Degilnya...

LARANGAN merokok di kedai makan dan restoran terbuka bermula 12 tengah malam tadi sebaik memasuki tahun baru 2019, bagaimanapun masih ramai yang mengabaikan larangan terbabit.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sempena tahun baru 2019, Mufti WP kongsi tip membina cita-cita | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ketika ada umat Islam yang mempertikaikan sambutan tahun baharu setiap kali munculnya tarikh 1 Januari, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dikenali bersikap terbuka dan toleran, menulis mengenai cara-cara membina cita-cita
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Peka keadaan sekitar, elak insiden lemas - MB Terengganu | Astro Awani

KUALA Nerus: Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan orang ramai supaya peka dengan keadaan persekitaran terutama di pantai sebelum melakukan sebarang aktiviti pada musim tengkujuh ini.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Sultan Nazrin tamat tugas memangku YDP Agong | Astro Awani

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Isnin berangkat meninggalkan Istana Negara setelah menamatkan tugas memangku Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan.
from I Love Malaysia
Read More ilovezmalaysia

Pengganas 'tawan' Lapangan Terbang Subang

BERANG rakan mereka ditahan pihak berkuasa menyebabkan lima militan bersenjata api bertindak ‘menawan’ bangunan Lapangan Terbang Sultan Abdu...