Makanan Sunnah

Cara Mengamalkan Makanan Sunnah 

بسم الله الرحمن الرحيم 
Dengan nama Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW 
serta keluarga dan sahabat Baginda.


# Bangun saja dari tidur, sebelum gosok gigi minum 2 Gelas Air Masak, bersugi dan mandi.  Sebelum tahajud, mulakan harian anda dengan sesuatu yang manis, apa lagi kalau bukan Madu Asli yang bertugas sebagai pelapik dan penjaga perut dan darah daripada racun dan toksin. Madu akan memberi tenaga untuk kita tunaikan 12 atau lebih raka'at tanpa rasa letih atau mengantuk.  

Rasulullah SAW gemar mengambil madu yang bercampur dengan Air Sejuk, ya betul, air sejuk bukan air panas. Tetapi bukan air yang terlalu sejuk. Air suam-suam kuku pun boleh, atau lebih baik lagi air pada suhu bilik

# Samada berpuasa atau tidak, ambil beberapa Biji Kurma pada waktu sahur untuk membekal tenaga dan serat pada tubuh.

# Sejurus selepas solat Subuh, makan sedikit Garam Bukit untuk merangsang tiroid. Tiroid adalah kelenjar pada tekak yang befungsi sebagai operation center yang memastikan semua nutrisi dan zat disalur pada tempat-tempat yang betul supaya sistem tubuh berfungsi dengan baik. Pastikan minum air kosong yang secukupnya untuk membantu garam yang juga berfungsi sebagai agen nyah toksin dan asid yang terkumpul dalam tubuh. Toksin banyak terkumpul sewaktu kita tidur.

# Dalam setengah jam sebelum sarapan, ambil penawar terhebat untuk mencegah asid dan racun dalam perut dari menyerang sistem tubuh kita, iaitu Sakanjabin

Ataupun, Minum Cuka Buah becampur dengan air yang akan menyediakan keadaan yang beralkali dalam perut. Kedua bahan ini akan merangsang rembesan enzim pencernaan yang akan memastikan molekul-molekul makanan seperti protin, kabohiderat dan lemak dipecahkan degan sempurna untuk menjadi tenaga dan zat yang boleh diserap ke dalam sel. 

# Selepas sarapan, tunggu dalam setengah jam lagi sebelum mengambil Minyak Habbatus Sauda atau Minyak Kelapa Dara

Jangan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan meneutralkan khasiat dalam madu. Ini adalah berdasarkan kepada fakta dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.  Minyak dari habbatus sauda adalah lebih baik daripada bijinya atau yang dibuat softgel. Minyak yang terbaik didapati dari proses cold-press dan sebaik-baiknya yang first press, iaitu perahan pertama. Minyaknya lebih halus dan tiada serdak yang susah di hadam. 

Buah Delima atau pati buah delima diambil dalam 2-3 jam selepas sarapan.  Buah delima adalah baik untung jantung dan darah, dan waktu pagi iaitu waktu dhuha adalah waktu yang terbaik untuk merawat jantung kerana di waktu itu kandungan oksigen di atmosfera paling banyak dan paling bersih. Sekiranya di sertai dengan solat dhuha dan bacaan Surah Adh- Dhuha, alangkah harmoninya tubuh kita dengan alam sekitar yang indah ciptaan Allah Yang Maha Esa.

Jika anda menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi atau obesiti, garam bukit, cuka buah atau Sakanjabin boleh diambil sekali sebelum makan tengahari. Apabila semua bacaan telah turun ke tahap normal, dos semua penawar boleh dikurangkan.

# Setengah jam sebelum makan tengahari, makan buah-buahan dahulu. Tembikai sangat digemari Rasulullah SAW. Pisang juga paling baik dimakan waktu tengahari. Pilih yang ranum untuk mendapatkan tenaga dan zat terutamanya potassium yang terbaik. Apabila pisang terlalu masak, potassiumnya akan berubah dan bentuk mineral ini tidak baik untuk otot dan saraf. 

# 15 minit sebelum makan tengahari, minum Cuka Kurma atau boleh dicampur dengan Air Suam.  Ambil makanan nasi semangkuk kecil sahaja.  Ambil lauk ikan atau daging dan sayur sayuran.  Elakkan makan ikan dan daging dalam satu masa.

# Selepas setengah jam, minum 2 Gelas Air Masak.

# Selepas 3 ½ jam, waktu minum petang ambil 1 atau 2 potong kuih muih sahaja dengan air panas. 

Kurangkan ambil makanan bergoreng yang mengandungi minyak yang digunkan berulang kali kerana ia menghasilkan kolesterol tidak baik.

Makan malam sebelum maghrib, ambil makanan nasi semangkuk kecil sahaja.  Ambil lauk ikan atau daging dan sayur sayuran.  Elakkan makan ikan dan daging dalam satu masa Elakkan makan nasi jika ingin menurunkan berat badan sebaliknya makan sayur atau buah buahan sahaja. 

# Selepas setengah jam, minum 2 Gelas Air Masak.

Jika anda menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi atau obesiti, garam bukit, cuka buah atau Sakanjabin boleh diambil sekali sebelum makan malam. Apabila semua bacaan telah turun ke tahap normal, dos semua penawar boleh dikurangkan.

# Pada waktu Maghrib, makan buah kurma sekali lagi, sama seperti kita berbuka puasa. Buah kurma yang diambil pada waktu ini akan membantu darah, tulang, perut dan saraf. 

Minyak Zaitun boleh diambil pada bila-bila masa, tapi sebaik-baiknya apabila perut kosong. Jika anda mengambil penawar-penawar yang lain seperti di atas, ambil minyak zaitun di sebelah malam. Jika anda hanya amalkan minyak zaitun sahaja untuk merawat tekanan darah tinggi, kolesterol atau kencing manis, ambil 2 kali sehari, satu sudu besar setiap kali.  

Minyak zaitun juga dapat mencegah beberapa jenis kanser, terutamanya kanser kolon. Untuk merawat penyakit, pastikan minyak zaitun anda adalah extra virgin, cold-pressed (minyak perahan pertama dan diperah tanpa haba). Minyak extra virgin yang bermutu tinggi berwarna kehijauan, rasanya agak kelat atau pahit dan bau buah zaitun yang agak kuat.   

# Di sepanjang hari, minumlah air putih kosong yang diletakkan Manna, Luban atau Za'faran. Manna adalah prebiotik yang terbaik, oleh itu minum airnya sebelum sarapan. Minum air bercampur luban berselang hari dengan air bercampur dengan za'faran. Setiap penawar ini ada khasiatnya masing-masing, dan kita boleh mendapat kebaikan kesemuanya untuk merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit dan masalah yang wujud di zaman ini. 

Wallahua'alam.



No comments:

Post a Comment

Pengganas 'tawan' Lapangan Terbang Subang

BERANG rakan mereka ditahan pihak berkuasa menyebabkan lima militan bersenjata api bertindak ‘menawan’ bangunan Lapangan Terbang Sultan Abdu...